fbpx
Sambutan Aidilfitri bersama penduduk Kg. Sg. Sarok.

Sambutan Aidilfitri bersama penduduk Kg. Sg. Sarok.

5 Jun 2019, Gerik:- Alhamdulillah. Telah berlansungnya sambutan Aidilfitri bersama penduduk Islam Kampung Sarok bersama Tok Batin dengan penuh meriah sekali.Sambutan ini juga adalah hasil daripada sumbangan orang ramai.

Sumbangan tersebut juga adalah bertujuan untuk menghadiahkan baju raya kepada anak-anak penduduk Kg. Sg Sarok yang beragama Islam. Semoga sambutan hari raya kali ini dapat memberi seribu makna buat anak-anak tersebut. Pihak ADAM juga ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang.   Tambahan itu, pihak ADAM telah kerjasama dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang turut sama hadir bagi memberikan sumbangan duit raya kepada anak-anak orang asli Kampung Sarok. Terima kasih diucapkan kepada pihak BSN.

Banyak perubahan khususnya berkaitan pengamalan dan penghayatan agama kepada penduduk kampung bermula dari Misi Kembara Dakwah 1.0 sehingga 4.0 bersama Jabatan Agama Islam Daerah Gerik dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) cawangan Perlis dengan kerjasama Angkatan Dakwah Antarabangsa Malaysia (ADAM) dan Albab Family Trading (AFT).

Informasi tambahan, insyaAllah ‘Misi Kembara Dakwah 5.0’ akan mengadakan satu program korban pada Hari Raya Aidiladha tahun ini bersama dengan penduduk Kampung Sungai Sarok, Perak.

Posted in: