fbpx
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul-siri 3.

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul-siri 3.

7 Disember 2020, Perlis:- Sambungan siri kedua di artikelĀ https://adam.org.my/berat-mata-memandang-berat-lagi-bahu-memikul-siri-2/ kisah keluarga Encik Baharuddin dan ibu makcik Haripah.
Alhamdulillah berkat kutipan sumbangan orang ramai untuk keluarga En Baharuddin, kerja-kerja menambahbaikkan dan meratakan jalan yang menuju ke rumah beliau dan kerja-kerja pemasangan pendawaian elektrik telah selesai sepenuhnya. SubhanaAllah, keluarga ini telah hidup tanpa elektrik setelah hampir 8 tahun. Wajah yang sungguh ceria terukir apabila bantuan tiba untuk beliau sekeluarga. Antara bantuan lain adalah bantuan peti ais, kipas, pengisar, dan periuk elektrik.
Dengan kesempatan ini, Encik Baharuddin dan keluarga ingin merakamkan ucapan syukur dan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang untuk beliau sekeluarga. Semoga sedekah kalian menjadi saham di akhirat kelak.
Lanjutan bantuan telah disampaikan yang diwakili oleh Setiausaha Agung ADAM yang juga merupakan Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Perlis iaitu Ustaz Fakhruddin Ar Razi.
Posted in: