fbpx
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul-siri 2.

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul-siri 2.

18 November 2020, Perlis:- Sambungan kisah keluarga Encik Baharuddin dan Ibu Makcik Haripah di artikel  https://adam.org.my/berat-mata-memandang-berat-lagi-bahu-memikul/

Alhamdulillah berkat sumbangan orang ramai, lanjutan bantuan yang kedua telah disampaikan untuk keluarga ini diwakili oleh Setiausaha Agung ADAM yang juga merupakan Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Perlis, Ustaz Fakhruddin Ar Razi.

Daripada sumbangan ini juga, pihak ketiga telah menaik taraf rumah Encik Baharuddin dan telah selesai memasang wayering. Seterusnya, saluran sistem air juga bakal dipasang.

Dengan kesempatan ini, Encik Baharuddin ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang untuk beliau sekeluarga. Semoga sedekah para penyumbang menjadi saham mereka di akhirat kelak.

Sedikit kongsian fadhilat dan kelebihan amalan sedekah daripada laman rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Firman Allah SWT:

الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

Maksudnya: Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita. (Surah al-Baqarah: 274)

Dr. Wahbah al-Zuhaili berkata: Allah SWT menjelaskan tentang pahala orang-orang yang berinfaq dan pahala berinfaq dalam setiap keadaan dan waktu.

Barangsiapa yang bersedekah – baik pada waktu malam atau siang hari, dengan cara sembunyi-sembunyi atau terang-terangan, dalam keadaan dirinya sendiri memerlukan atau tidak – maka baginya pahala yang sempurna di sisi Tuhan. Tidak ada ketakutan baginya di akhirat dan tidak pula dia merasa khuatir dan bersedih.

Maksudnya tidak ada ketakutan baginya ketika menghadapi kedahsyatan hari Kiamat dan tidak pula dia bersedih dan khuatir terhadap keadaan anak-anaknya setelah dia meninggal dunia. Dia juga tidak merasa sedih dan menyesali atas apa yang dia tidak mampu raih dari kehidupan dunia dan keindahannya. Ini kerana dia telah menjumpai apa yang jauh lebih baik daripada itu semua.

Disebelah kiri, Setiausaha Agung ADAM iaitu Ustaz Fakhruddin Ar Razi.

 

 

Posted in: