fbpx
Taklimat khas pensijilan Halal sempena AGM DPIM kali ke-8.

Taklimat khas pensijilan Halal sempena AGM DPIM kali ke-8.

14 November 2020, Perlis:- Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Negeri Perlis telah mengadakan satu Taklimat Khas Pensijilan Halal yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Azizan Sulaiman selaku Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis yang bertempat di Dewan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) bersempena Mesyuarat Agung Tahunan DPIM kali ke-8 bagi tahun 2020.

Taklimat ini disampaikan oleh Ustazah Ruslida Rusli, Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan dan Halal Jabatan Agama Islam Perlis. Beliau menyampaikan taklimat mengenai asas pensijilan halal Malaysia disamping menjawab persoalan berkaitan isu-isu pensijilan halal yang dibangkitkan para peserta yang hadir.

Pengerusi DPIM Perlis yang juga merupakan Setiausaha Agung ADAM, Ustaz Fakhruddin Ar Razi juga turut hadir ke taklimat ini dan bagi mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan DPIM kali ke-8.

 

 

 

Posted in: