fbpx
Hantar bantuan keperluan asas dapur ke Kota Kinabalu.

Hantar bantuan keperluan asas dapur ke Kota Kinabalu.

17 November 2020, Kota Kinabalu:-Alhamdulillah syukur kehadrat illahi, pihak ADAM telah berjaya memberi bantuan keperluan asas barangan dapur seperti beras, minyak masak dan lain-lain kepada 13 buah keluarga miskin di Kota Kinabalu, Sabah.

Awalnya, pihak ADAM telah menerima satu permohonan bantuan keperluan asas barangan dapur secara ad-hoc melalui satu media sosial ADAM menerusi seorang wanita yang dikenali Mila.

Setelah diteliti secara terperinci segala informasi saudari Mila oleh pihak pengurusan tertinggi ADAM, kami telah bersetuju membantu kira-kira 13 buah keluarga miskin yang telah kehabisan stok keperluan asas.

Segala pengurusan bantuan ini telah disempurnakan oleh saudari Mila sekeluarga yang juga menetap di Kota Kinabalu, Sabah bagi membantu keluarga-keluarga lain yang terlibat.

Keluarga saudari Mila ini juga adalah merupakan salah satu keluarga yang menerima bantuan keperluan asas barangan dapur daripada pihak ADAM.

Posted in: