fbpx
Program bantuan kepada asnaf Orang Asli Batu 12.

Program bantuan kepada asnaf Orang Asli Batu 12.

20 November 2020, Gombak:- Telah berlansungnya satu program ziarah dan penyerahan bantuan di Kampung Orang Asli Batu 12 di Gombak. Program ini adalah anjuran gabungan antara Angkatan Dakwah Antarabangsa Malaysia (ADAM) dengan Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) dan Daie Orang Asli YADIM.

Untuk program ini pihak ADAM juga mendapat kerjasama bersama mahasiswa dan mahasiswi dari Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Syukur alhamdulillah program ini telah berjalan dengan sungguh lancar. Pertama sekali, pihak ADAM ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang dana untuk program ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sepanjang program ziarah bantuan ini. Tidak lupa juga kepada ketua kampung, Tok Husin yang sudi menerima kunjungan kami.

Program ini menyasarkan memberi bantuan keperluan asas dapur seperti beras, tepung, telur, minyak masak dan lain-lain kepada kepada 15 buah keluarga yang terdiri daripada keluarga asnaf muallaf dan keluarga asnaf yang bukan beragama Islam. Pakaian kanak-kanak sumbangan daripada GDM dan 100 biji hadiah juga telah diedarkan kepada anak-anak di sekitar kampung.

Selain itu, program ini juga bertujuaan memberi pendedahan awal kepada mahasiswa/siswi UKM berkaitan kerja-kerja dakwah dan menjalinkan hubungan sosial dengan masyarakat bukan Islam dan golongan muallaf dalam kalangan masyarakat Orang Asli.

Segala aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh MKN.

Daripada kiri Timbalan Pengerusi ADAM, Ustaz Muhammad Nasib, Tok Husin (tengah) selaku ketua kampung Orang Asli Batu 12 dan Dr. Ahmad Irdha selaku pensyarah kanan Fakulti Pengajian Islam UKM.

Posted in: