fbpx
Retreat Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) 2020.

Retreat Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) 2020.

3 & 4 Oktober 2020, Puchong:- Telah berlangsungnya Retreat GDM yang diadakan di Kinrara Resort, Puchong, Selangor. Seramai 32 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa GDM Pusat dan wakil pertubuhan-pertubuhan Islam bukan kerajaan seperti ADAM, MACMA, AL-HIDAYAH, HCF, JAM’IYA, BELIA HARMONI, DARUL FITRAH, RICOI, PKDMMS dan BECU.

Objektif utama penganjuran retreat ini adalah untuk menjelaskan misi dan halatuju GDM khususnya kepada Ahli Jawatankuasa yang baru dilantik bagi sesi 2020-2022. Selain itu, menyemak semula perancangan Pelan Dakwah Kebangsaan (PDK) dan merangka aktiviti-aktiviti Gabungan Dakwah Malaysia bagi tahun 2021.

Di akhir program, pembahagian kumpulan mengikut sektor-sektor strategik (KRA) telah dibentuk agar perancangan yang telah dibincangkan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

Semoga melalui usaha-usaha yang telah dirancang ini, dakwah di Malaysia akan berjalan dengan lancar, tersusun dan sistematik. Marilah kita berberdoa agar dakwah kepada masyarakat majmuk juga akan tersebar luas dengan berhikmah dan mendapat hidayah dari Allah s.w.t.-sumber daripada GDM.

Semua aktiviti yang dianjurkan adalah mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh MKN.

Posted in: