fbpx
Program ziarah ukhwah ke Kg. Orang Asli Sg. Sarok.

Program ziarah ukhwah ke Kg. Orang Asli Sg. Sarok.

2 November 2020, Perak:- Sambungan program penyerahan anak pokok durian musang king di artikel sini https://adam.org.my/penyerahan-anak-pokok-durian-musang-king/ dan penanaman anak pokok durian Musang King di sekitar kampung Orang Asli di Kampung Sarok di artikel sini https://adam.org.my/penanaman-anak-pokok-durian-musang-king/

Alhamdulillah, selepas hampir 11 bulan tidak dapat ke perkampungan Orang Asli Kampung Sarok, semalam Allah mengizinkan kami untuk menyambung lagi silaturrahim dengan mereka.

Tujuan kami ke sana adalah bagi menjalankan lanjutan program sambil meninjau projek waqaf ekonomi tanaman durian Musang King.

Turut bersama dalam program ini adalah ketua kampung iaitu Tok Batin Seraita, pihak ADAM, Daie Orang Asli yang berada di Perak dan Pengurus NAFAS atau dikenali sebagai PETRONAS Fertilizer yang bermurah hati menaja baja untuk dijadikan ‘Plot Percubaan’ mereka. Tajaan mereka bermulanya daripada tanaman anak pokok sehingga dapat mengeluarkan hasil. Alhamdulillah syukur.

Semoga anak-anak pokok ini dapat memberi manfaat kepada penduduk kampung Sungai Sarok.

Posted in: