23 September 2020, Selangor:- Berlabuh sudah tirai Kursus Asas Daie Orang Asli YADIM 2020 semalam setelah hampir dua minggu para daie berkampung di Institut Latihan Dakwah YADIM yang terletak di Hulu Langat, Selangor.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) iaitu Yang Berusaha Ustaz Haji Nasrudin bin Hassan. Mereka akan pulang ke kampung halaman mereka masing-masing untuk menjadi pendakwah atau dipanggil daie dan sekaligus menjadi duta YADIM.
Para daie kelihatan sangat bersemangat dan berdedikasi untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pendakwah. Terima kasih kepada semua tenaga pengajar, fasilitator, jurulatih dan tidak lupa juga kepada yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan kursus ini. Semoga Allah SWT memberikan ganjaran yang sebaiknya.-sumber daripada YADIM
Recent Comments