fbpx
Penubuhan dan Penglibatan Usahawan Koperasi.

Penubuhan dan Penglibatan Usahawan Koperasi.

3 Oktober 2020, Kuala Lumpur:- Alhamdulillah selesai sudah Majlis Taklimat Penubuhan dan Penglibatan Usahawan Koperasi baru-baru ini di AFCM Training Centre di Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh biro media dan promosi ADAM.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Dato’ Seri Dr Mustapa Kamal Maulut kerana sudi menjadi penceramah undangan dimajlis ini dan berkongsi ilmu serta pengalaman beliau sepanjang majlis ini berlansung. Maklumat tambahan, beliau merupakan Pengerusi Konsortium Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad.

Bukan itu sahaja, beliau juga tidak lokek ilmu dalam berkongsi rahsia mengendalikan modus operandi menceburi perniagaan koperasi dalam bidang Perusahaan Ternakan Ruminen (Lembu), pengetinan ikan sardin tuna dan pembuatan kapal nelayan laut dalam.

Kira-kira 50 orang ahli ADAM, wakil koperasi lain dan orang awam juga dijemput hadir ke majlis ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan hadir ke majlis ini. Semoga ilmu tersebut dapat dikongsi dan diamalkan oleh peserta serta memberi manfaat kepada komuniti Islam semula.

Segala aktiviti yang dijalankan sepanjang majlis adalah mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh MKN.

Posted in: