fbpx
Merangka peranan dan hala tuju ADAM bersama UKM.

Merangka peranan dan hala tuju ADAM bersama UKM.

28 Mei 2019, Bangi:- Satu perjumpaan pihak ADAM bersama wakil pengurusan UKM telah diadakan di bilik mesyuarat UKM. Perjumpaan telah dihadiri daripada wakil UKM; Prof. Dato Dr Imran Ho Abdullah (Timbalan Naib Canselor HEJIM), Dr. Abdull Rahman Mahmood (Pengarah Pusat Islam), Dr. Rosmawati Mohd. Rasit (Pengerusi Pusat Kesejahteraan Insan dan Komunikasi), En. Mohd Hanafiah Omar (Pengurus Pentadbiran dan Pejabat Hubungan Industri, En. Muhammad Redzuan Zainol Abidin (Pegawai Khas TNC HEJIM).

Manakala, perjumpaan juga dihadiri oleh pihak ADAM iaitu; Sr Jailani Jasmani (Pengerusi ADAM), Haji Abu Hassan (COO ADAM) dan Sobirin Jailani.

Pelbagai perkara telah dibincangkan sepanjang perjumpaan. Antaranya adalah pengenalan penubuhan, peranan dan hala tuju ADAM dalam dakwah Islam. Tambahan itu, wakil pengurusan pihak UKM juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi perkembangan dakwah Islam anjuran UKM serta kerjasama yang dijalankan oleh UKM dengan pihak luar.

Semoga dengan perjumpaan ini dapat membina persefahaman dan bekerjasama antara dua hala dalam memajukan dakwah Islam di Malaysia.

Posted in: