fbpx
Menyantuni keluarga asnaf di Sabah.

Menyantuni keluarga asnaf di Sabah.

7 November 2020, Sabah:- Alhamdulillah telah berlansung satu program bagi menghulurkan bantuan kepada golongan asnaf di Keningau, Sabah. Program ini diketuai oleh ustaz Fadzli Yusof dan dibantu oleh pasukan Misi Syahadah. Mereka memberi bantuan dengan mengagihkan bekalan makanan dan keperluan asas kepada keluarga asnaf di sekitar bandar Keningau.

 

Berdasarkan sebuah hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, “Wahai Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling disukai Allah? Dan apakah amalan yang paling disukai Allah?

Nabi Muhammad SAW menjawab, “Orang yang paling disukai Allah ialah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain. Amalan yang paling disukai Allah ialah kegembiraan yang engkau hadirkan buat seseorang Muslim, atau engkau angkat kesusahan yang menimpanya, atau engkau langsaikan hutangnya atau engkau hilangkan kelaparannya. Dengan aku berjalan bersama saudaraku untuk suatu urusannya lebih aku suka daripada beriktikaf di masjid selama sebulan.” (Hadis riwayat at-Thabrani)

 

Posted in: