fbpx
Menerima kunjungan hormat mahabbah GDM.

Menerima kunjungan hormat mahabbah GDM.

8 Oktober 2020, Damansara Damai:- Alhamdulillah, pihak ADAM telah menerima kunjungan hormat mahabbah daripada Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) yang bertempat di pejabat rasmi ADAM di Damansara Damai, Selangor.

Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan dan bertukar-tukar pandangan berkaitan isu-isu dakwah dalam masyarakat majmuk khususnya dakwah melalui masjid disamping merapatkan lagi hubungan antara NGO. Ziarah ini telah diketuai oleh Timbalan Pengerusi GDM, YBhg. Puan Che Anizah Mohd Zain, Ketua Pegawai Eksekutif GDM, YBhg Hj. Abdul Rahman Kassim dan beberapa orang lagi ahli jawatankuasa GDM yang lain turut hadir ke majlis ini.

Majlis dimeriahkan lagi dengan dendangan alunan nasyid yang merdu oleh Ustaz Mohd Asri Ubaidullah iaitu salah seorang kumpulan nasyid Rabbani yang tidak asing lagi di Malaysia. Antara aktiviti yang dilakukan adalah pihak ADAM berkongsi latarbelakang ADAM, visi dan misi serta program-program yang telah dianjurkan, dan tontonan video khas yang memaparkan aktiviti-aktiviti utama ADAM seperti Seminar Rahsia Daie Terbongkar (RDT) dan dakwah kepada penduduk kampung Orang Asli di Perak.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif GDM, YBhg Hj. Abdul Rahman Kassim juga telah membentangkan Pelan Dakwah Kebangsaan (PDK) dengan lebih terperinci dan cara pihak ADAM boleh menyumbang kepada PDK. Natijahnya, pihak ADAM telah bersetuju untuk menyumbang dan menjayakan PDK bersama GDM.-sumber daripada GDM






Daripada kanan sekali, Sr. ustaz Jailani Jasmani (Pengerusi ADAM) menerangkan aktiviti-aktiviti ADAM yang telah dijalankan di luar dan di dalam negara kepada Puan Che Anizah Moh Zain (Timbalan Pengerusi GDM), dan Tuan Haji Abdul Rahman Kassism (Ketua Pegawai Eksekutif GDM).

 

Posted in: