fbpx
Majlis Silaturrahim dengan ahli keluarga ADAM.

Majlis Silaturrahim dengan ahli keluarga ADAM.

13 September 2020, Selangor:- Alhamdulillah selesai sudah majlis silaturrahim antara ahli ADAM serta ahli keluarga masing-masing. Majlis dimeriahkan dengan aktiviti memasak bubur asyura sempena hari asyura tidak lama lagi. Tak lupa juga majlis diserikan lagi dengan kuliah khas dhuha oleh Ustaz Muhammad Nasib Zawawi. Sedikit cebisan kata-kata daripada official website mufti Wilayah Persekutuan:

Walaupun berpuasa pada sepanjang bulan Muharram adalah digalakkan, akan tetapi terdapat nas khusus yang menceritakan berkenaan kelebihan berpuasa pada 10 Muharram iaitu hari ‘asyura. Ini adalah berdasarkan sebuah riwayat daripada Abu Qatadah R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:

صِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ

Maksudnya: Berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya.

Riwayat Ibn Majah (1738)

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang memberi sumbangan dan seluruh ahli ADAM yang hadir ke majlis ini. Semoga silaturrahim ini sentiasa dijaga dan diberkati Allah SWT. InsyaAllah aamiin. Segala aktiviti dijalankan telah mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh MKN.

Posted in: