fbpx
Lawatan mahabbah ADAM ke pejabat Mufti WP di Putrajaya.

Lawatan mahabbah ADAM ke pejabat Mufti WP di Putrajaya.

21 Jun 2019, Putrajaya- Pihak tertinggi ADAM telah membuat lawatan mahabbah ke pejabat mufti Wilayah Persekutuan, Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Lawatan ini bertujuan untuk menjemput secara rasmi YB Datuk Dr. Zulkifli untuk merasmikan satu konvensyen iaitu Rahsia Daie’ Terbongkar (RDT) yang bakal dianjurkan oleh pihak ADAM sendiri bertempat di Kuala Lumpur.

Lawatan diketuai oleh pengerusi ADAM daripada kanan sekali, Ustaz Sr. Haji Jailani Jasmani, Ustaz Fakhruddin Arrazi selaku Setiausaha Agung ADAM, dan dua daripada kiri, Ustaz Muhammad Nasib Zawawi selaku timbalan pengerusi ADAM bergambar di pejabat mufti Wilayah Persekutuan, Putrajaya.

Posted in: