fbpx
Kursus asas Daie Orang Asli YADIM Siri III.

Kursus asas Daie Orang Asli YADIM Siri III.

1 Oktober 2020 sehingga 22 Oktober 2020, Perak:- Hasil daripada kursus asas Daie Orang Asli YADIM 2020, para daie diminta pulang dan menjalankan tugas mereka iaitu berdakwah kepada penduduk kampung masing-masing. Alhamdulillah, para daie telah berjaya menggalas tanggungjawab mereka dengan jayanya. Tahniah dan syabas pihak ADAM ucapkan! Segala aktiviti yang dijalankan adalah mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh MKN.

Selain itu, daie Niaba, daie Yusni dan daie Iman telah menziarahi sambil menjalankan kerja-kerja dakwah kepada penduduk Kampung Pos Poi di Perak.

Tambahan pula, empat daie telah dihantar ke kampung daie Yusni yang terletak di Kampung Pos Piah, Sungai Siput, Perak bagi membantu mengajar mengaji anak-anak kampung disana seterusnya menjalankan kerja-kerja dakwah juga.

Empat daie tersebut adalah daie Nazrul, daie Niaba, daie Suhaimi dan daie Alang Iman. Antara aktiviti lain juga diadakan seperti mengajar fardhu ain dan bacaan dalam solat. Alhamdulillah program berjalan lancar seperti yang dirancang.

Semoga inisiatif dan usaha-usaha dakwah ini dapat memberi impak positif kepada penduduk kampung yang telah dilawati. Kita doakan semoga urusan para daie untuk terus berdakwah dipermudahkan oleh Allah swt. Aamiin.

Posted in: