fbpx
Kursus asas Daie Orang Asli YADIM Siri I.

Kursus asas Daie Orang Asli YADIM Siri I.

19 September 2020, Selangor:- Kursus asas Daie Orang Asli (DOA) YADIM 2020 telah berlansung bermula 13 September sehingga 24 September 2020 yang bertempat di Pusat Latihan Dakwah Yadim Ulu Langat, Selangor. Kursus ini adalah anjuran YADIM dengan kerjasama MAIWP, ADAM & Majlis Tindakan Dakwah Orang Asli Malaysia.

Kursus ini merupakan kesinambungan dari cadangan Majlis Tindakan Dakwah Orang Asli yang dimana Setiausaha Agung ADAM iaitu Ustaz Fakhruddin Arrazi telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Dakwah Orang Asli. ADAM telah diberi penghormatan dalam menjayakan modul dan menjadi motivator.

Ustaz Fakhruddin mewakili ADAM telah menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Mengenali Sasaran Dakwah dan Menyesuaikan Diri Dengan Mereka.’

Bukan itu sahaja, Ustaz Muhammad Nasib juga mewakili ADAM telah menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Perbezaan Muslim, Mukmin, Munafik dan Kafir’.

Lebih kurang 18 orang para daie yang terdiri daripada kalangan anak orang asli sendiri telah terpilih menyertai kursus ini. Antara aktiviti lain ialah mereka telah diajar cara yang betul dalam penyembelihan haiwan.

Menurut daripada pihak YADIM, penilaian yang dibuat selepas program keatas pemahaman dan keyakinan peserta ada peningkatan yang sangat baik bagi semua perkara yang telah dinilai.

Posted in: