20 Julai 2019, Kuala Lumpur:- Alhamdulillah. Telah berlansungnya Konvensyen Para Dai’e Se-Malaysia di Dewan Azman Hashim, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur yang bertemakan Rahsia Dai’e Terbongkar.
Program ini dirasmikan oleh Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, ustaz Hashim bin Salleh. Antara vip lain yang turut hadir adalah Prof. Dato’ Dr. Imran Ho Abdullah selaku Timbalan Naib Canselor UKM, Mohd Sahar bin Mat Din selaku Presiden DPIM, Prof. Ir. Dr. Sha’ari bin Mohd Yusof selaku Dekan Razak School of Technology & Infromatics, UTM KL.
Objektif konvensyen ini adalah meminta para daie berkongsi pengalaman sepanjang perjuangan dakwah mereka di zaman yang penuh cabaran ini. Selain itu, kami juga dalam usaha mengumpulkan para dai`e di Malaysia berganding bahu dalam menyebarkan nilai-nilai murni dan keindahan Islam.
Antara panel yang hadir dalam program ini adalah Ustaz Mohd Fadli Yusof, Firdaus Wong Wai Hung, Team Masjid Tour Guide, Ustaz Maulana Wan Helmi dan Ustaz Pahrol Muhd Juo.










Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, juga yang membantu dan mendoakan. Ribuan terima kasih juga kepada para penaja kami iaitu Malaysia Building Society Berhad (MBSB), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Kiffah Group of Companies, Telaga Biru, Juara Travel & Tours, dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Recent Comments