fbpx
Kerjasama JPYA dan Ust. Ebit Lew.

Kerjasama JPYA dan Ust. Ebit Lew.

13 Oktober 2020, Kuala Lumpur:- Telah berlansung perbincangan dan kerjasama antara pihak Jalinan Persahabatan Yang Akrab (JPYA) dan pihak ustaz Ebit Lew. Kerjasama dua pihak ini telah memberi bantuan kepada gelandangan di sekitar Kuala Lumpur. Ahli ADAM turut hadir sebagai sukarelawan. Semoga usaha ini berterusan. insyaAllah

Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat.”

(Hadith riwayat al-Bukhari, No.2442, 6901, Muslim, No.2580)

Segala aktiviti dijalankan telah mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh MKN.

Posted in: