fbpx
Iftar bersama Persatuan Kebudayaan Malaysia Turki.

Iftar bersama Persatuan Kebudayaan Malaysia Turki.

28 Mei 2019, Bangi:- Alhamdulillah. Pihak ADAM telah menjalinkan ikatan ukhwah dan kasih sayang di peringkat antarabangsa melalui majlis berbuka puasa bersama-sama dengan Malaysia Turkey Culture Association (MTCA) di kediaman rasmi MTCA di EVO Soho Suites, Bandar Baru Bangi.

Seramai 19 orang wakil deligasi ADAM dan disertai 5 orang wakil AFT, Sendayan telah menghadiri mahlis berbuka puasa tersebut. Pengerusi ADAM, Sr. Jailani Jasmani mewakili delagasi ADAM dan AFT. Turut hadir bersama ke majlis ajk tertinggi ADAM, ustaz Fakhruddin Arrazi, En. Ahmad Dhiak, En. Azmi Tawil dan Dato’ Muhammad Zakaria. Kunjungan ADAM disambut oleh Prof. Dr. Adem Cilicman warga Turki yang merupakan professor di Jabatan Matematik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia. 

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah majlis bacaan risalah Annur untuk para pesakit dan membuat karangan Bediuzzaman Said Nursi sementara menunggu waktu berbuka. Semoga ukhwah ini dapat dijaga dan diteruskan lagi menerusi gabungan idea dan usaha daripada dua pihak untuk berdakwah di peringkat antarabangsa. InsyaAllah.

Posted in: