fbpx
Berdakwah di PPUM.

Berdakwah di PPUM.

10 Januari 2020, Petaling Jaya- Telah berlangsungnya satu perjumpaan antara wakil pihak ADAM dengan wakil daripada pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang bertempat di hospital PPUM, Kuala Lumpur.

Perjumpaan ini diadakan untuk membincangkan program-program dakwah yang bakal dibuat di PPUM sendiri yang akan disampaikan oleh pihak ADAM secara berperingkat.

Firman Allah SWT: وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُون

Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar merekalah orang-orang yang beruntung”. (Surah Al-Imran: 104)

Perjumpaan ini adalah salah satu bentuk usaha pihak ADAM menyebarkan dakwah Islamiah pada masyarakat awam dengan penuh hikmah sambil menyantuni pesakit-pesakit di hospital.

Marilah sama-sama kita mendoakan semoga usaha pihak ADAM ini dipermudahkan urusan dan menjadi saham akhirat untuk kita semua. Aamiin

Tuan pengerusi ADAM, Sr. Ustaz Haji Jailani Jasmani sempat mengambil gambar bersama poster di PPUM, Kuala Lumpur.

Posted in: