fbpx
Iftar bersama saudara di Persatuan Kebudayaan Malaysia Turki (Malaysia Turkey Culture Association)

Iftar bersama saudara di Persatuan Kebudayaan Malaysia Turki (Malaysia Turkey Culture Association)

28/05/2019, EVO Soho Suites.

Menjalin ikatan ukhwah dan kasih sayang ADAMdan turki (MTAC) di peringkat antarabangsa.

Seramai 19 orang wakil deligasi Angkatan Dakwah Antarabangsa Malaysia (ADAM) serta 5 orang wakil AFT, Sendayan telah menghadiri majlis berbuka puasa bersama komuniti Malaysia Turki di kediaman rasmi Persatuan Kebudayaan Malaysia Turki (MTCA). Pengerusi ADAM, Sr Jailani Jasmani mewakili deligasi ADAM & AFT. Turut hadir juga AJK Tertinggi ADAM, Ust Fakhruddin Arrazi (Ust Solah), En. Ahmad Dhiak, En. Azmi Tawil dan Dato’ Muhammad Zakaria ke majlis tersebut. Kunjungan ADAM disambut oleh Prof. Dr. Adem Cilicman warga Turki yang merupakan Professor di Jabatan Matematik, fakulti Sains Universiti Putra Malaysia. Majlis bacaan risalah Annur untuk para pesakit, karangan Bediuzzaman Said Nursi dibuat sementara menunggu waktu berbuka.