fbpx
Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Mukmin Youth Camp 2024 (Remaja Lelaki)

February 20, 2024 - February 22, 2024

RM250

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Para Ibu Ayah yang dihormati,

Anak-anak adalah Amanah dari Allah, yang wajib kita pelihara dengan penuh tanggungjawab.

Kita menerima anak-anak dari Allah di dalam keadaan suci bersih, maka kita perlu memastikan, mereka akan kembali pulang kepada Allah nanti di dalam keadaan suci dan bersih.

Tugas siapakah untuk membersihkan mereka?

Jawapannya, menjadi tugas kita semua, di semua peringkat masyarakat.

Justeru, Angkatan Dakwah Antarabangsa Malaysia (ADAM) dengan kerjasama Fitrah Perkasa Sdn Bhd dan Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara, merasa terpanggil untuk menyahut seruan tanggungjawab bersama ke arah mendidik golongan anak-anak remaja kita.

Kami akan menganjurkan satu program “MUKMIN YOUTH CAMP” yang berupa dua sesi berasingan di antara golongan Putera dan Puteri remaja.

Para remaja akan didedahkan dan diberikan bekal dan panduan untuk menghadapi cabaran usia remaja di samping mengajak mereka untuk berjinak-jinak mendekati masjid.

Adalah diharapkan agar Ibu Ayah dapat menghantar anak anak remaja untuk bersama-sama menyertai program ini.

Bagi para dermawan yang berhasrat untuk menaja golongan remaja yang kurang berkemampuan, juga sangat dialu-alukan.

Begitu juga bagi pihak pengurusan masjid dan persatuan sekolah boleh juga menghantar para pelapis mereka.

Marilah kita mengambil peluang ini untuk mengisi masa cuti anak remaja kita dengan menyertai program seumpama ini, dengan harapan agar mereka tidak terus lalai dengan aktiviti yang boleh menjauhkan mereka dengan Allah SWT.

Untuk keterangan lanjut dan urusan pendaftaran, sila berhubung dengan urusetia pendaftaran sepertimana yang tertera.

Sekian, terima kasih

Urusetia Pendaftaran
Mukmin Youth Camp 2024

Link untuk pendaftaran:
https://adamdakwah.onpay.my/

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Details

Start:
February 20, 2024
End:
February 22, 2024
Cost:
RM250
Event Category:
Event Tags:
Website:
https://adamdakwah.onpay.my/

Venue

Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara