47a24d004e4c03b944ed3bf9cb3cd0bb.jpg
6126d2c91e175ed0b3054a45acd3a3eb.jpg
0577975160cd43fa36ace0d304f09a11.jpg
Administrator
Administrator

Administrator

3.           Fasa tiga:  Penglibatan terhadap kerja dakwah dan kebajikan

1.         Setiap anggota hendaklah menanam azam untuk hidup dan mati sebagai dai (Penyeru kepada  kebenaran dan kebaikan).

2.         Setiap anggota hendaklah menjadikan setiap seruan dakwah yang dijalankan bukan untuk membawa kepada kepentingan dan kemegahan diri tetapi untuk membawa manusia kembali kepada Allah dan Rasul.

3.         Setiap anggota hendaklah menyumbang tenaga untuk bersama-sama menjana dana dan modal untuk ADAM.

4.         Menanam tekad untuk meng-Islamkan dua orang dalam masa setahun.

5.         Menanam azam untuk mengembalikan insan yang tersasar kepada jalan Islam seramai lima orang dalam tempoh setahun.

6.         Menghormati keputusan syura terhadap perancangan dan program yang telah diatur untuk anggota.

7.         Menyumbang sedikit masa, tenaga dan belanja untuk tugasan dakwah dan kerja kebajikan pada jalan Allah.

 

Aktiviti dan Program

1.         Setiap anggota hendaklah menyumbang tenaga untuk tugasan dakwah paling kurang sehari dalam sebulan.

2.         Setiap anggota hendaklah memaklumkan kepada pihak pengurusan dan pimpinan masa-masa yang terluang  untuk dimanfaatkan oleh ADAM.

 

3.         Setiap anggota jangan hanya menjadi  anggota kumpulan satu-satu program tetapi berusaha untuk menjadi penyampai dakwah dan ketua team.

2.           Fasa dua: Memperkukuh ADAM dan  mengerat kasih sayang sesama anggota.

11.         Setiap anggota hendaklah benar-benar memahami visi dan misi ADAM agar mudah membina keserasian dan  keselarasan.

 

2.         Setiap anggota hendaklah mengambil peluang berkenalan, saling faham-memahami sesama anggota dan merendahkan diri dalam persahabatan.

3.         Setiap anggota hendaklah menghormati, bertolak ansur dan memuliakan anggota yang lain serta mengelakkan dari sebarang ketegangan.

4.         Setiap anggota tidak dibenarkan memainkan sentimen perkauman, kepartian, keorganisasian dan mazhab.

5.         Setiap anggota hendaklah memelihara solat berjemaah ketika program-program dalaman dijalankan dengan penuh disiplin.

6.         Setiap anggota hendaklah berkhidmat untuk anggota yang lain secara sukarela dan menjadi khadam untuk diri sendiri dalam urusan kebajikan dalam setiap kali  program dalaman diadakan.

7.         Setiap anggota hendaklah menerima keputusan syura dan berbincang dengan penuh kasih sayang terhadap keputusan yang tidak dapat diterima.

8.         Berusaha menghadiri jemputan anggota apabila mereka mengundang. Laksanakan hak bersahabat seperti yang dianjurkan oleh sunnah.

9.         Setiap anggota hendaklah saling mengambil tahu urusan kebajikan anggota lain.

10.      Setiap anggota hendaklah mengikuti program dan aktiviti  memperkukuhkan ADAM dan mengeratkan kasih sayang yang dirancang.

 

Aktiviti dan Program

1.    Usrah dan mesyuarat sebulan sekali.

2.    Aktiviti biro dan unit sebulan sekali.

3.    Aktiviti riadah, rehlah dan rekreasi dari masa ke semasa.

4.    Latihan (training) sebulan sekali.

1.           Fasa satu: Pembinaan Syahsiah Diri

1.         Setiap anggota hendaklah memelihara solat fardu, mempertingkatkan kualiti solat dan melaksanakan rukun Islam yang lain.

2.         Setiap anggota  hendaklah  menjauhi dosa-dosa besar dan berusaha meninggalkan dosa-dosa kecil.

3.         Setiap anggota  hendaklah berusaha menjadikan Baginda Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan dan mengamalkan Sunnah Baginda Rasululah SAW dalam kehidupan diri dan keluarga.

4.         Setiap anggota hendaklah berusaha memahami sungguh-sungguh isi kandung al-Quran dan mempelajari hadis Nabi SAW dan menghayati sejarah para nabi, rasul dan sahabat.

5.         Setiap anggota hendaklah berusaha menyucikan hati dan menjernihkan jiwa dengan zikrullah dan mujahadah.

6.         Berusaha membangunkan syariat Allah dalam kehidupan rumah tangga dan keluarga.

Aktiviti dan Program

1.      Program pengajian tafaqquh fiddin  dan zikir diadakan 2 minggu sekali; minggu pertama dan ketiga dengan agenda:

i.        Pengajian tafsir al-Quran.

ii.          Pengajian kitab-kitab turath (akidah, feqh dan tasauf).

iii.         Solat berjemaah  Asar, Maghrib dan Isyak.

iv.        Zikir dan munajat.

 

2.      Program muhasabah diri dan qiamullail sebulan sekali.

Tiga fasa perlaksanaan program:

1. Pembinaan Sahsiah Diri.

2. Memperkukuh ADAM dan mengerat kasih sayang sesama anggota.

 

3. Penglibatan kerja dakwah dan kebajikan.

" Demi masa .Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh dan mereka yang saling menasihati atas kebenaran dan menasihati atas kesabaran " Surah Al Asr 1-3

Slogan

Published in: Slogan
on 22/07/2013

"Baiki diri  dan berikan kebaikan kepada orang lain"

(" Baiki diri": peranan seorang hamba. )

("Berikan kebaikan": peranan seorang khalifah)

Objektif Penubuhan

1.         Menyediakan landasan dalam usaha dakwah kontemporari untuk sukarelawan dan para dai melancarkan usaha dakwah serta kerja kebajikan secara besar-besaran dengan lebih efektif dan memenuhi tuntutan.

2.         Mengumpul sebanyak mungkin para dai dan sukarelawan dan disusun perjalanan dakwah mereka secara berpasukan ketempat-tempat selain masjid dan surau.

3.         Melibatkan anggota ADAM sebagai team/jemaah dalam program dakwah, kebajikan, kemasyarakatan dan kemanusiaan.

4.         Menjana dana untuk melancarkan usaha dakwah dan kebajikan.

5.         Bekerjasama dengan badan kerajaan, korporat dan individu yang mahu menyalurkan sumbangan, dana, bahan-bahan dan peralatan untuk dakwah dan kebajikan.

6.         Mempersiapkan diri anggota agar hidup dan mati sebagai 'MUJAHID DAKWAH' atau ‘SUKARELAWAN DAHWAH.”

7.         Mempelbagai kaedah dakwah bermula daripada dakwah lisan, penulisan, kebajikan, pendidikan hingga kepada "dakwah ekonomi."

8.         Memberi pendedahan ilmu dakwah di peringkat nasional dan international kepada anggota dan individu hingga mampu bergelanggang di tengah masyarakat.

9.         Membina dan membimbing anggota untuk menjadi individu yang bertaqwa dan mempunyai rasa tanggung jawab untuk memperjuangkan kebenaran dan kebaikan.

Misi

Published in: Misi
on 22/07/2013

Menyediakan program dan aktiviti untuk membina dan membangunkan anggota yang berkualiti serta mengembeling tenaga para dai dan sukarelawan untuk melaksanakan tugas "Amar makruf nahi mungkar" secara berjemaah melalui dakwah lisanul hal (sikap, amalan dan akhlak) dan lisanul maqal (seruan, pengajaran dan nasihat.)

Visi

Published in: Visi
on 22/07/2013

Wadah melahirkan hamba Allah dan kelompok Khalifah yang bertaqwa  untuk membangunkan muka bumi ini dengan kebaikan dan  ketaatan demi mengharapkan  kasih sayang  Allah di dunia dan keselamatan di akhirat.

Page 2 of 2