47a24d004e4c03b944ed3bf9cb3cd0bb.jpg
6126d2c91e175ed0b3054a45acd3a3eb.jpg
0577975160cd43fa36ace0d304f09a11.jpg
Majlis Hari Raya 2013

Aktiviti Cadangan

Cadangan aktiviti ADAM 2013-2014

1.       Pembinaan Syahsiah Diri

·        Pengajian tafaqquh fiddin untuk ahli dan keluarga.

·        Usrah, muzakarah dan mesyuarat

·        Kelab Remaja : Kursus tafaqquh fiddin, XPDC untuk anak-anak anggota setiap cuti sekolah pertengahan dan akhir tahun.

·        Kelab Muslimah: Usrah dan kursus kemahiran rumahtangga.

·        Umrah dan lawatan bersama

 

2.       Pejabat Pengurusan Dan Perhubungan Antarabangsa

·        Membangun dan menguruskan pejabat pengurusan dan perhubungan antarabangsa

·        Membangunkan pejabat pengurusan di peringkat cawangan

 

3.       Dakwah Dalam Negara

·        Mengatur dan membekalkan tenaga dakwah untuk agensi kerajaan dan kementerian

·        Menyediakan ruang untuk khidmat kaunseling di pasar-pasar malam dan dimana-mana adanya pesta dan 'event' yang terbuka untuk orang ramai

·        Melawat pesakit di hospital- hospital dengan mengedar bahan bacaan islam disamping hadiah untuk bawa mereka kembali kepada Islam

·        Mengedar risalah-risalah dakwah di tol-tol pada waktu hari-hari perayaan Islam

·        Menjalin kerjasama dengan badan-badan dakwah dan gerakan islam untuk usaha-usaha dakwah.

·        Kawasan pendalaman dan perkampungan orang asli

·        Dakwah dan kaunseling di Pusat-pusat santai dan tempat lepak para remaja

·        Rumah masyarakat miskin

·        Dakwah di pusat pengajian tinggi

·        Seminar dan majlis ilmu

·        Pembimbing perjalanan kumpulan motorsikal besar.

 

4.       Dakwah Antarabangsa

·        Dakwah Nusantara seperti pulau-pulau di kepulauan melayu termasuk Irian Jaya Vietnam dan kembodia

·        Menganjur seminar ilmu dan dakwa  di peringkat antarabangsa

·        Melakukan kunjungan silaturrahim dengan umat islam di Eropah

 

5.       Media Massa Dan Penyiaran

·        Membuat kenyataan akhbar tentang kepentingan islam dalam dan luar negara

·        Menerbitkan buletin antarabangsa

·        Menerbitkan filem dokumentari

·        Menubuhkan stesen tv online

 

 

 

 

6.       Kebajikan Dalam Negara

·        Pusat -pusat kebajikan seperti rumah orang-orang tua,anak -anak yatim, pusat-pusat pemulihan akhlak.

·        Menyumbang tenaga untuk pembersihan surau, masjid yang terbiar dan surau di pusat beli-belah dan hentian rehat.

·        Menyediakan bekalan berbuka puasa untuk para gelandangan

·        Menyampaikan bantuan kepada yang ditimpa musibah

·        Bantuan pendidikan anak fakir miskin.

 

7.       Kebajikan Antarabangsa

·        Program membasmi kemiskinan terutama di nusatantara

·        Mengadakan ibadah qurban dan aqiqah di nusantara

·        Membangun masjid,sekolah pusat kebajikan dan hospital di negara ketiga

 

8.       Penyebaran Al Quran

·        Menghantar mushaf Alquran ke daerah dunia yang memerlukan

·        Menterjemahkan Al quran kedalam bahasa yang belum di terjemahkan

·        Menyediakan imam tarawih dari luar untuk menyemarakkan Ramadhan

 

 

 

 

9.       Misi Kemanusiaan

·        Bantuan perubatan, makanan dan pakaian kepada pejuang dan negara yang tertindas

·        Bantuan dan kunjungan ke kawasan bencana alam

 

10.Pendidikan

·        Membangunkan rangkaian intitusi pendidikan dalam dan luar negara dari pusat asuhan hingga universiti

 

11.Kebudayaan:

·        Menganjurkan festival nasyid sedunia

·        Menganjurkan majlis cinta nabi peringkat kebangsaan dan antarabangsa

 

·        Mengadakan festival 'expo islam adalah cara hidup'

Masjid Menarik