47a24d004e4c03b944ed3bf9cb3cd0bb.jpg
6126d2c91e175ed0b3054a45acd3a3eb.jpg
0577975160cd43fa36ace0d304f09a11.jpg
Aktiviti
Aktiviti Cadangan

Aktiviti Cadangan (1)

Aktiviti Cadangan

Written by on 22/07/2013

Cadangan aktiviti ADAM

1.      Pembinaan Sahsiah Diri

     Pengajian tafaqquh fiddin untuk ahli dan keluarga.

     Usrah, muzakarah dan mesyuarat.

     Kelab Remaja: Kursus tafaqquh fiddin, XPDC untuk anak-anak anggota setiap cuti sekolah pertengahan dan akhir tahun.

     Kelab Muslimah: Usrah dan kursus kemahiran rumahtangga.

     Umrah dan lawatan bersama.

 

2.      Pejabat Pengurusan dan Perhubungan Antarabangsa

     Membangun dan menguruskan pejabat pengurusan dan perhubungan antarabangsa.

     Menyelaras tetamu dalam dan luar negara.

     Membangunkan pejabat pengurusan di peringkat cawangan.

 

3.      Dakwah Dalam Negara

     Mengatur dan membekalkan tenaga dakwah untuk agensi kerajaan dan kementerian.

     Menyediakan ruang untuk khidmat kaunseling di pasar-pasar malam, pesta dan event yang terbuka untuk orang ramai.

     Melawat pesakit di hospital-hospital dengan mengedar bahan bacaan Islam di samping hadiah untuk membawa mereka kembali kepada Islam.

     Mengedar risalah dakwah di tol-tol pada hari perayaan Islam.

     Menjalin kerjasama dengan badan-badan dakwah dan gerakan Islam dalam usaha dakwah.

     Menziarahi kawasan pedalaman dan perkampungan orang Asli.

     Dakwah dan kaunseling di pusat-pusat santai dan tempat lepak para remaja

     Rumah masyarakat miskin.

     Dakwah di pusat pengajian tinggi

     Seminar, forum, simposium dan majlis ilmu.

     Pembimbing perjalanan kumpulan motorsikal besar.

 

4.      Dakwah Antarabangsa

     Berdakwah di Nusantara seperti Kepulauan Riau, Irian Jaya, Vietnam, Kemboja, Thailand dan sebagainya.

     Menganjur seminar ilmu dan dakwah  di peringkat antarabangsa.

     Melakukan kunjungan silaturrahim dengan umat Islam di Eropah, Timur Jauh dan Amerika.

 

5.      Media Massa Dan Penyiaran

     Mengadakan kenyataan akhbar tentang kepentingan Islam dalam dan luar negara.

     Menerbitkan buletin antarabangsa.

     Menerbitkan filem dokumentari.

     Menubuhkan stesen tv online.

 

6.      Kebajikan Dalam Negara

     Mengunjungi pusat-pusat kebajikan seperti rumah orang tua, anak yatim, pusat pemulihan akhlak dan sebagainya.

     Menyumbang tenaga untuk menghidupkan surau dan masjid terbiar.

     Menyumbang tenaga membersihkan pakaian dan sejadah di surau pusat beli-belah dan R&R.

     Menyediakan bekalan berbuka puasa untuk para gelandangan.

     Menyampaikan bantuan kepada yang ditimpa musibah.

     Bantuan pendidikan anak fakir miskin.

 

7.      Kebajikan Antarabangsa

     Program membasmi kemiskinan terutama di Nusantara.

     Mengadakan ibadah kurban, akikah dan sedekah di Nusantara.

     Membangunkan masjid, sekolah, pusat kebajikan, perigi dan hospital di negara ketiga.

 

8.      Penyebaran al-Quran

     Menghantar mushaf al-Quran ke daerah dunia yang memerlukan.

     Menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa yang belum diterjemahkan.

     Menyediakan imam solat Tarawih dari luar untuk menyemarakkan Ramadan.

 

9.      Misi Kemanusiaan

     Bantuan perubatan, makanan, pakaian, bahan binaan kediaman, mesin kilang makanan dan seumpamanya kepada pejuang dan negara yang tertindas.

     Bantuan dan kunjungan ke kawasan bencana alam.

 

10.   Pendidikan

     Membangunkan rangkaian institusi pendidikan dalam dan luar negara dari pusat asuhan hingga ke universiti.

 

11.   Kebudayaan

     Menganjurkan ‘Majlis Cinta Nabi’ peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

     Mengadakan festival expo ‘Islam Adalah Cara Hidup.’

 

     Menganjurkan festival nasyid sedunia.

Masjid Menarik