Cadangan aktiviti ADAM
1. Pembinaan Sahsiah Diri
● Pengajian tafaqquh fiddin untuk ahli dan keluarga.
● Usrah, muzakarah dan mesyuarat.
● Kelab Remaja: Kursus tafaqquh fiddin, XPDC untuk anak-anak anggota setiap cuti sekolah pertengahan dan akhir tahun.
● Kelab Muslimah: Usrah dan kursus kemahiran rumahtangga.
● Umrah dan lawatan bersama.
2. Pejabat Pengurusan dan Perhubungan Antarabangsa
● Membangun dan menguruskan pejabat pengurusan dan perhubungan antarabangsa.
● Menyelaras tetamu dalam dan luar negara.
● Membangunkan pejabat pengurusan di peringkat cawangan.
3. Dakwah Dalam Negara
● Mengatur dan membekalkan tenaga dakwah untuk agensi kerajaan dan kementerian.
● Menyediakan ruang untuk khidmat kaunseling di pasar-pasar malam, pesta dan event yang terbuka untuk orang ramai.
● Melawat pesakit di hospital-hospital dengan mengedar bahan bacaan Islam di samping hadiah untuk membawa mereka kembali kepada Islam.
● Mengedar risalah dakwah di tol-tol pada hari perayaan Islam.
● Menjalin kerjasama dengan badan-badan dakwah dan gerakan Islam dalam usaha dakwah.
● Menziarahi kawasan pedalaman dan perkampungan orang Asli.
● Dakwah dan kaunseling di pusat-pusat santai dan tempat lepak para remaja
● Rumah masyarakat miskin.
● Dakwah di pusat pengajian tinggi
● Seminar, forum, simposium dan majlis ilmu.
● Pembimbing perjalanan kumpulan motorsikal besar.
4. Dakwah Antarabangsa
● Berdakwah di Nusantara seperti Kepulauan Riau, Irian Jaya, Vietnam, Kemboja, Thailand dan sebagainya.
● Menganjur seminar ilmu dan dakwah di peringkat antarabangsa.
● Melakukan kunjungan silaturrahim dengan umat Islam di Eropah, Timur Jauh dan Amerika.
5. Media Massa Dan Penyiaran
● Mengadakan kenyataan akhbar tentang kepentingan Islam dalam dan luar negara.
● Menerbitkan buletin antarabangsa.
● Menerbitkan filem dokumentari.
● Menubuhkan stesen tv online.
6. Kebajikan Dalam Negara
● Mengunjungi pusat-pusat kebajikan seperti rumah orang tua, anak yatim, pusat pemulihan akhlak dan sebagainya.
● Menyumbang tenaga untuk menghidupkan surau dan masjid terbiar.
● Menyumbang tenaga membersihkan pakaian dan sejadah di surau pusat beli-belah dan R&R.
● Menyediakan bekalan berbuka puasa untuk para gelandangan.
● Menyampaikan bantuan kepada yang ditimpa musibah.
● Bantuan pendidikan anak fakir miskin.
7. Kebajikan Antarabangsa
● Program membasmi kemiskinan terutama di Nusantara.
● Mengadakan ibadah kurban, akikah dan sedekah di Nusantara.
● Membangunkan masjid, sekolah, pusat kebajikan, perigi dan hospital di negara ketiga.
8. Penyebaran al-Quran
● Menghantar mushaf al-Quran ke daerah dunia yang memerlukan.
● Menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa yang belum diterjemahkan.
● Menyediakan imam solat Tarawih dari luar untuk menyemarakkan Ramadan.
9. Misi Kemanusiaan
● Bantuan perubatan, makanan, pakaian, bahan binaan kediaman, mesin kilang makanan dan seumpamanya kepada pejuang dan negara yang tertindas.
● Bantuan dan kunjungan ke kawasan bencana alam.
10. Pendidikan
● Membangunkan rangkaian institusi pendidikan dalam dan luar negara dari pusat asuhan hingga ke universiti.
11. Kebudayaan
● Menganjurkan ‘Majlis Cinta Nabi’ peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
● Mengadakan festival expo ‘Islam Adalah Cara Hidup.’
● Menganjurkan festival nasyid sedunia.