47a24d004e4c03b944ed3bf9cb3cd0bb.jpg
6126d2c91e175ed0b3054a45acd3a3eb.jpg
0577975160cd43fa36ace0d304f09a11.jpg
Logo
Administrator

Administrator

Kuliah Fardhu Ain Dwi Mingguan telah dimulakan pada 19 Dis 2013.

Majlis ini akan terus diadakan setiap 2 minggu bertempat di Dewan Kuliah Fitrah Perkasa, Damansara Damai.

 

Kuliah Fardhu Ain Daurah berkitab untuk anggota ADAM akan di adakan pada Ahad 8 Jan 2017 ini setiap bulan minggu pertama setiap bulan di dewan kuliah Pejabat Telaga Biru.

Tempat: Dewan Kuliah Telaga Biru, 28, Jalan Tembaga 5/2A, Sri Damansara Industrial Park.

 

Aturcara :

9am - Pendaftaran / Sarapan

10am - 1pm - Kuliah 1

1pm - 2 pm - Solat Zuhur / Makan Tengahari

2pm - 4.30pm - Kuliah 2

4.30pm - 5.30pm - Solat Asar dan Minum petang

5.30pm - 7pm - AGM ADAM

7pm - 9pm - Solat Maghrib, Tahlil dan Maulid

9pm - 10pm - Kuliah 3

10pm - Bersurai

 

Kitab : Sifat 20

Tuan Guru : Ust Shamsul Mohd Nor

Yuran Penyertaan : RM 50


Harap dapat datang dan sama- sama kita bangunkan Islam melalui wadah ADAM.

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir

ADAM telah menganjurkan pertemuan silaturrahim pada Sabtu 7 Dis 2013

ANGKATAN DAKWAH ANTARABANGSA MALAYSIA (ADAM) telah mengadakan MAJLIS SILATURAHIM, TAZKIRAH DAN PENDAFTARAN AHLI pada :

Tarikh : Sabtu  7 Dis 2013

Masa : 9 pagi - 1 tgh

Tempat : 
Bilik Seminar Fitrah Perkasa,
G-102, Apartement Suria,
Jln. PJU 10/4C, Damansara Damai,

Agenda :

  • Pembukaan dengan bacaan ayat-ayat Al Quran, Selawat serta Nasyid bersama
  • Tazkirah yang akan disampaikan oleh Ustaz Mohd Nasib Zawawi
  • Silaturahim dan Suaikenal
  • Tazkirah yang akan disampaikan oleh Ustaz Pahrol Mat Juoi
  • Taklimat ADAM oleh Dato' Haji Muhammad Zakaria (Presiden ADAM)
  • Pendaftaran Ahli
  • Jamuan ringan

 Hadirin telah membawa Juadah untuk keberkatan bersama.

 Makluman: Program ini akan dijadikan program bulanan ADAM dan kali ini adalah kali yang pertama sejak penubuhan ADAM. Oleh itu marilah kita memulakan dengan kehadiran dan pendaftaran ahli pada kali ini.

Majlis terbuka kepada semua dan anda boleh membawa atau mengajak saudara mara, kenalan, jiran tetanggan dan sebagainya. Remaja dijemput hadir bersama
 

Perjumpaan kali ketiga sempena Hari Raya Aidil Fitri telah diadakan pada 7 Sept. 2013 (Sabtu) di rumah Timbalan Presiden Penaja ADAM, Dato' Sheikh Hussein

Logo

Published in: Pengenalan
on 22/07/2013

Logo

Published in: Pengenalan
on 22/07/2013

ANGKATAN DAKWAH ANTARABANGSA MALAYSIA (ADAM)

29G, JALAN PANDAN 3/10, PANDAN JAYA 55100 KUALA LUMPUR

Tel: +603-92844225    Fax: +603-92844270

Tel 1: 016-4028344 (Dato' Hj Muhammad Zakaria - Presiden)

Tel 2: 012-2761745 (Dato' Hj Sheikh Hussein - Timb. Presiden)

Tel 3: 013-348 6666 (Ust Mohd Nasib - Setiausaha Agung)

Tel 4: 019-2210536 (Azmi Mohd Tawil - Pen. Setiausaha))

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Facebook: http://www.facebook.com/adamdakwah  

AJK Penaja:

Pengerusi : Dato' Hj Muhammad Zakariah

Timb Pengerusi : Dato' Sh Hussein Sh Omar

SU: Ustaz Muhammad Nasib Zawawi

Timb SU: Azmi Mohd Tawil

Bendahari: Rosli Abd Hamid

AJK:

Dato' Ahmad Irshadi Abdullah

Abu Bakar MD Din

Md Ali Khanapiah Mohamed Razali

Noor Hidayah Shahidan

Ustaz Hashim Ahmad

 Mohd Zaifuddin Idris

Pada 6 Julai 2013, telah diadakan mesyuarat penubuhan sebuah NGO iaitu Angkatan Dakwah Antarabangsa Malaysia atau singkatannya ADAM, bertempat di Dewan Latihan Fitrah Perkasa pada jam 9.00am dan tamat jam 5.00pm.

 

AJK Penubuhan:

Pengerusi : Dato' Hj Muhammad Zakariah

Timb Pengerusi : Dato' Sh Hussein Sh Omar

SU: Ustaz Muhammad Nasib Zawawi

Timb SU: Azmi Mohd Tawil

Bendahari: Rosli Abd Hamid

AJK:

Dato' Ahmad Irshadi Abdullah

Abu Bakar MD Din

Md Ali Khanapiah Mohamed Razali

Noor Hidayah Shahidan

Ustaz Hashim Ahmad

 

Mohd Zaifuddin Idris

Cadangan aktiviti ADAM

1.      Pembinaan Sahsiah Diri

     Pengajian tafaqquh fiddin untuk ahli dan keluarga.

     Usrah, muzakarah dan mesyuarat.

     Kelab Remaja: Kursus tafaqquh fiddin, XPDC untuk anak-anak anggota setiap cuti sekolah pertengahan dan akhir tahun.

     Kelab Muslimah: Usrah dan kursus kemahiran rumahtangga.

     Umrah dan lawatan bersama.

 

2.      Pejabat Pengurusan dan Perhubungan Antarabangsa

     Membangun dan menguruskan pejabat pengurusan dan perhubungan antarabangsa.

     Menyelaras tetamu dalam dan luar negara.

     Membangunkan pejabat pengurusan di peringkat cawangan.

 

3.      Dakwah Dalam Negara

     Mengatur dan membekalkan tenaga dakwah untuk agensi kerajaan dan kementerian.

     Menyediakan ruang untuk khidmat kaunseling di pasar-pasar malam, pesta dan event yang terbuka untuk orang ramai.

     Melawat pesakit di hospital-hospital dengan mengedar bahan bacaan Islam di samping hadiah untuk membawa mereka kembali kepada Islam.

     Mengedar risalah dakwah di tol-tol pada hari perayaan Islam.

     Menjalin kerjasama dengan badan-badan dakwah dan gerakan Islam dalam usaha dakwah.

     Menziarahi kawasan pedalaman dan perkampungan orang Asli.

     Dakwah dan kaunseling di pusat-pusat santai dan tempat lepak para remaja

     Rumah masyarakat miskin.

     Dakwah di pusat pengajian tinggi

     Seminar, forum, simposium dan majlis ilmu.

     Pembimbing perjalanan kumpulan motorsikal besar.

 

4.      Dakwah Antarabangsa

     Berdakwah di Nusantara seperti Kepulauan Riau, Irian Jaya, Vietnam, Kemboja, Thailand dan sebagainya.

     Menganjur seminar ilmu dan dakwah  di peringkat antarabangsa.

     Melakukan kunjungan silaturrahim dengan umat Islam di Eropah, Timur Jauh dan Amerika.

 

5.      Media Massa Dan Penyiaran

     Mengadakan kenyataan akhbar tentang kepentingan Islam dalam dan luar negara.

     Menerbitkan buletin antarabangsa.

     Menerbitkan filem dokumentari.

     Menubuhkan stesen tv online.

 

6.      Kebajikan Dalam Negara

     Mengunjungi pusat-pusat kebajikan seperti rumah orang tua, anak yatim, pusat pemulihan akhlak dan sebagainya.

     Menyumbang tenaga untuk menghidupkan surau dan masjid terbiar.

     Menyumbang tenaga membersihkan pakaian dan sejadah di surau pusat beli-belah dan R&R.

     Menyediakan bekalan berbuka puasa untuk para gelandangan.

     Menyampaikan bantuan kepada yang ditimpa musibah.

     Bantuan pendidikan anak fakir miskin.

 

7.      Kebajikan Antarabangsa

     Program membasmi kemiskinan terutama di Nusantara.

     Mengadakan ibadah kurban, akikah dan sedekah di Nusantara.

     Membangunkan masjid, sekolah, pusat kebajikan, perigi dan hospital di negara ketiga.

 

8.      Penyebaran al-Quran

     Menghantar mushaf al-Quran ke daerah dunia yang memerlukan.

     Menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa yang belum diterjemahkan.

     Menyediakan imam solat Tarawih dari luar untuk menyemarakkan Ramadan.

 

9.      Misi Kemanusiaan

     Bantuan perubatan, makanan, pakaian, bahan binaan kediaman, mesin kilang makanan dan seumpamanya kepada pejuang dan negara yang tertindas.

     Bantuan dan kunjungan ke kawasan bencana alam.

 

10.   Pendidikan

     Membangunkan rangkaian institusi pendidikan dalam dan luar negara dari pusat asuhan hingga ke universiti.

 

11.   Kebudayaan

     Menganjurkan ‘Majlis Cinta Nabi’ peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

     Mengadakan festival expo ‘Islam Adalah Cara Hidup.’

 

     Menganjurkan festival nasyid sedunia.

Page 1 of 2